Mesin Kilang Keropok ‘Hari-Hari’ Terbakar

Mesin Kilang Keropok ‘Hari-Hari’ Terbakar

0
SHARE
Kebakaran di kilang keropok 'Hari-Hari' berjaya dipadam oleh pekerja sebelum ketibaan pasukan Bomba...

KOTA KINABALU, SABAH – Kebakaran pada sebuah mesin di Jalan Sepanggar sini sempat dipadamkan sebelum api dapat merebak ke seluruh Kilang Keropok C&F Enterprise.

Kilang berkenaan terkenal untuk barisan produk tempatan ‘Abang Ku’ dan ‘OKE Chips’.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5.28 petang semalam.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh pekerja kilang menggunakan salur bantu mula dan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Anggaran kemusnahan pada mesin terbabit sekitar 80 peratus,” katanya sambil menambah operasi terkawal pada pukul 6 petang semalam.

Operasi ditamatkan lima minit kemudian setelah pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain siap dijalankan.

“Tiada mangsa terlibat,” tambahnya dalam kenyataan semalam ini.