
KUALA LUMPUR –
Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori Ikon Sukan Jurulatih dalam Majlis Malam Kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM), semalam.
Majlis terbabit berlangsung bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
Dalam video yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook, beliau memanjatkan rasa syukur atas kemenangan bagi kategori terbabit.
Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia itu mendahului lima orang calon lain iaitu Rexy Manaiky (badminton), Poad Kassim (olahraga), Nafuzi Zain (bolasepak), Manshahar Abdul Jalil (olahraga).