MUIS Beri Peluang 70 Belia Asnaf Lakar Masa Depan Dengan Latihan Industri

MUIS Beri Peluang 70 Belia Asnaf Lakar Masa Depan Dengan Latihan Industri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 70 orang belia asnaf dari seluruh Sabah diberi peluang untuk keluar daripada belenggu kemiskinan menerusi program peningkatan kemahiran industri yang disediakan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara antara MUIS dan Ria Academy and Consultancy Sdn. Bhd (RIA) yang memberi pengkhususan dalam industri minyak dan gas, perundingan pembangunan dan keselamatan pekerjaan ditandatangani di Hotel Hilton, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang merasmikan majlis terbabit berkata projek perintis itu selaras dengan aspek modal insan rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kami berharap mereka yang terpilih dalam fasa pertama projek ini menggunakan sepenuhnya peluang yang ada. Kami mahu mereka bekerja dan berdikari untuk membantu mengeluarkan keluarga mereka daripada kemiskinan.

“Ini semua dimungkinkan oleh pembayar zakat yang menyaksikan kutipan tambahan RM10 juta pada 2022, menjadikan jumlah keseluruhan Sabah RM130 juta. Kami menyasarkan untuk melihat sebanyak RM140 tahun ini.

“Semoga mereka yang terpilih membalas budi ini selepas berjaya kelak. RIA mempunyai pengiktirafan antarabangsa dan itulah sebabnya kami memilih mereka,” katanya sambil menambah bahawa program itu akan diteruskan dengan industri berbeza berdasarkan prestasi projek perintis.

Sementara itu, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali yang menandatangani bagi pihak MUIS memperincikan bahawa pelajar akan menghabiskan tempoh tiga hingga enam bulan untuk latihan kerja sebelum ditugaskan dalam pekerjaan bersesuaian.

“20 orang pelajar akan mengikuti kursus kimpalan oleh The Welding Institute dan baki 50 pelajar lagi akan mengikuti kursus bidang perancah,” katanya sambil menambah pelajar terbabit merupakan bekas pelajar institut tahfiz.