KUALA LUMPUR – “Mereka sangat BIADAP menyerang Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman sosial Facebook rasmi Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dengan cara memaki, memfitnah dan memanggil Perdana Menteri dengan panggilan jelek serta berbentuk lucah,” demikian menurut sebahagian rakyat Malaysia mengulas kebiadapan netizen dan ‘cyber trooper’ yang dipercayai dibayar di laman media sosial Facebook rasmi Jokowi sejak beberapa hari yang lalu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Indonesia pada Khamis, 04 Feb sehingga Ahad bagi lawatan rasmi dua hari ke Indonesia selepas mendapat jemputan khas untuk mengadakan lawatan rasmi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020.
Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan ketika diminta mengulas mengenai kejadian ini berkata; pengundi atas pagar dan tidak berparti di seluruh Malaysia boleh menilai sendiri sikap dan cara yang sangat biadap yang telah ditunjukkan oleh mereka yang kemaruk kuasa untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak sepatutnya ditonjolkan kepada negara luar seperti Indonesia.
“Daripada maklumat yang kami terima dan selepas melihat ke semua laman media sosial Facebook yang memaki hamun serta MEMFITNAH Perdana Menteri, kebanyakan akaun Facebook mereka adalah PALSU dan berkeyakinan kesemua mereka telah diupah untuk memalukan dan mengaibkan Perdana Menteri Malaysia di Indonesia.”
“Malangnya salah satu kebodohan mereka adalah rakyat di Indonesia tidak boleh mengundi di Malaysia sekalipun mereka berjaya memfitnah dan mencaci Tan Sri Muhyiddin Yassin di negara jiran tersebut.”
“Kami cukup yakin secara moralnya majoriti rakyat Malaysia akan bertambah bersimpati terhadap Tan Sri Muhyiddin selepas insiden amat tidak bertanggungjawab ini berlaku.”
![]()
![]()

Menurut beberapa orang ‘cyber trooper’ bebas yang enggan namanya disiarkan pula berkata, sejak PRU ke-14 lagi ‘cyber trooper’ RBA tajaan DAP dan PKR telah ke hadapan dalam bab MEMFITNAH dan menghantar komen-komen jelek ke atas pemimpin-pemimpin seteru mereka.
“Kesemua cyber trooper ini dibayar ribuan ringgit setiap bulan, justeru bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila ruangan komen di laman sosial milik Jokowi dibanjiri dengan caci maki terhadap Perdana Menteri Malaysia memandangkan ini adalah tugasan rasmi mereka..
“Seorang cyber trooper tajaan parti politik tertentu kadang-kadang mempunyai 50 hingga 100 akaun Facebook PALSU, justeru kenyataan jelek ke atas Tan Sri Muhyiddin di laman media sosial Facebook rasmi milik Jokowi adalah perkara yang sememangnya telah dirancang.”
“Kemudian selepas Dato’ Seri Zahid dan kumpulannya mengadakan pula kerjasama secara sembunyi dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan, pandangan kami seolah-olah wujud rangkaian baharu cyber trooper jajaran baharu Anwar PKR, Zahid UMNO dan DAP.”
“Dan dalam masa yang sama, kami cukup yakin ‘TRACK RECORD’ Tan Sri Muhyiddin dalam membantu rakyat Malaysia sebelum ini masih mendahului jika dibandingkan dengan kepimpinan kerajaan yang terdahulu.”
Dalam pada itu, berikut adalah reaksi netizen yang mengulas insiden Perdana Menteri Malaysia dimaki hamun di ruangan komen media sosial Facebook rasmi Jokowi.
Muhammad Azri: Tak suka atau benci macam mana kita dengan pemimpin negara jangan lah aibkan hingga ke negara luar. Dalam rumah kita, nak gasak kita gasak lah. Belajar lah kematangan dalam hidup.
Catherine Abdullah: Lihatlah otak penyokong segelintir penyokong Parti (Partai) Jajaran baru UMNO, DAP dan PKR. Mereka tersangat kurang ajar dan biadap..Mereka serang pemimpin Malaysia di Indonesia. Sekalipun berbeza fahaman politik kenapa mesti menyerang Pemimpin Malaysia di laman sosial pemimpin tertinggi di Indonesia.
Zulkarnain Hussin: Amat tidak wajar bila menghina dan persendakan pemimpin negara sendiri kpd negara luar…
Ahmad Zakaria Nur: Ya Allah, ampuni lah dosa-dosa bangsa ku Malaysia yang tidak tau erti syukur ini. Mereka menghina pemimpin Negara nya sendiri yang telah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong, mengikut perlembagaan negara . Sesungguhnya aku malu dengan sikap bangsa ku sendiri.
Shahrudin Naim: Kesian para pencacai PH , sampai ke page president Indonesia meroyannya. Memalukan Malaysia kalian. Maafkan kami bapak jokowi, sebahagian rakyat kami yang gila politik kepartian masuk kesini membawa perangai tidak elok.
Syah Pacheko: Buat netizen dari Malaysia.. Mcm mana org nak respect negara kita. Bila perdana sendiri pun korg hentam bagi org lain tgk.. Pls lah be respect..Dia bawak nama negara kita pg sana. Tolong jadi manusia yg berwawasan sikit.
Berikut adalah beberapa komen netizen yang kecewa dengan serangan menggunakan perkataan yang jelek dan hinaan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin;