KUALA LUMPUR – Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengesyorkan orang ramai untuk mengamalkan pemakaian pelindung muka (face shield) sebagai langkah tambahan mengelakkan jangkitan COVID-19 yang kini makin membimbangkan.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka (facemask) berganda walaupun Kerajaan telah mewajibkan rakyat Malaysia untuk memakai hanya satu pelitup muka sahaja.
“Kita perlu menggunakan pemakaian pelindung muka yang praktikal, yang boleh dihasilkan dan diedarkan dengan cepat…
“Ini harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penularan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu hantaran yang dibuat olehnya di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, selari dengan pengesyoran dan galakkan yang dibuat oleh Dr Noor Hisham, beliau tampil di khalayak ramai dengan memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka.
Menurutnya, langkah tambahan itu diambil boleh meningkatkan perlindungan diri susulan kemunculan varian COVID-19 yang lebih berbahaya dan lebih mudah menular dalam komuniti.