Pakatan Harapan Sabah Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tun Musa Sebagai TYT Sabah

Pakatan Harapan Sabah Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tun Musa Sebagai TYT Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah mengucapkan tahniah di atas perlantikan Tun Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 serta pengurniaan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara hari ini.

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu berkata demikian dalam sebuah kenyataan bersama.

“Pakatan Harapan Sabah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah berkenan menyampaikan Surat Cara Perlantikan.

“PH Sabah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin sepanjang perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-10,” mereka berkata.