PANAS!! VIDEO TULAR!! AHMAD MASLAN SAHKAN SALAH SATU SEBAB UMNO MINTA PRU-15...

PANAS!! VIDEO TULAR!! AHMAD MASLAN SAHKAN SALAH SATU SEBAB UMNO MINTA PRU-15 DISEGERAKAN SEBAB KES RASUAH PEMIMPIN UMNO TIDAK DIGUGURKAN?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat seolah-olah mengesahkan bahawa salah satu sebab PRU ke-15 perlu diadakan dengan segera walaupun kes jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin meningkat naik disebabkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menggugurkan KES RASUAH beberapa orang pemimpin UMNO termasuk Ahmad Maslan sendiri.

Video yang berdurasi 2.05 minit yang mula tular di media sosial Facebook sejak beberapa hari lalu jelas telah membangkitkan kemarahan rakyat dan mendapat kecaman sambil mereka turut mempersoalkan institusi kehakiman dan Mahkamah di Malaysia seolah-olah sudah tidak ada nilai di mata pemimpin UMNO.

Beberapa komen netizen yang marah terhadap kenyatan Ahmad Maslan melalui video temubual beliau yang tular baru-baru ini…

Menurut Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM), video yang tular membabitkan temubual Datuk Seri Ahmad Maslan tersebut jelas sesuatu yang tidak boleh diterima, malahan kenyataan Ahmad tersebut seolah-olah menghina Hakim yang telah mengendalikan kes rasuah membabitkan pemimpin UMNO.

Ahmad juga berkemungkinan telah menghina Mahkamah ini kerana kes rasuah Ahmad juga masih dibicarakan di Mahkamah.

Menurut GERAM berkata, Ahmad Maslan ketika ini sedang berhadapan dengan pendakwaan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang telah diterima daripada bekas Perdana Menteri itu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ahmad juga turut didakwa telah memberi penyataan PALSU kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd. Zairi Zainal berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.”

Ahmad Maslan dalam sesi temubual tersebut turut menyatakan bahawa pendakwaan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini adalah satu tindakan yang zalim sambil mempertikaikan kenapa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih meneruskan kes ini.

Umum mengetahui bahawa beberapa orang pemimpin UMNO sedang berhadapan dengan kes rasuah, malahan ada yang telah dijatuhi hukuman bersalah.

Pemerhati politik bebas juga dalam memberikan reaksi kenyataan Ahmad pula berkata; “Jika semua pemimpin berpandangan seperti Ahmad Maslan, ini bermakna sistem keadilan di Malaysia ditahap yang amat membimbangkan. Ini adalah kerana pemimpin politik daripada parti pemerintah dilihat seolah-olah mempunyai kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang.”

Berikut adalah beberapa lagi komen para netizen berhubung video temubual Ahmad Maslan yang tular baru-baru ini;