COVID-19; KKM LAPORKAN 9 LAGI KEMATIAN, SEBANYAK 2,433 KES BAHARU DAN 1,277...

COVID-19; KKM LAPORKAN 9 LAGI KEMATIAN, SEBANYAK 2,433 KES BAHARU DAN 1,277 KES SEMBUH

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 10 Januari 2021...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian positif COVID-19 setakat ini masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,433 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 135,992 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 27,332 (20.1%) kes.

DARIPADA 2,433 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (2) Kes import, manakala 2,426 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 1,277 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 108,109 kes (79.5%).

Menurut KKM juga, sebanyak 171 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 76 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 730 KES, diikuti SABAH sebanyak 403 KES dan JOHOR sebanyak 321 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat SEMBILAN (9) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 551 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (10 Januari 2021) sebanyak 730 KES daripada keseluruhan 2,433 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)