Hina Islam: Polis Penampang Siasat Hantaran Facebook

Hina Islam: Polis Penampang Siasat Hantaran Facebook

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH –  Polis daerah ini sedang menyiasat satu hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kes pada pukul 10.21 pagi Isnin semalam.

“Seorang pengguna akaun facebook bernama ‘Ily Mel” dikesan tular di platform media sosial sejak awal pagi Isnin.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, hantaran tersebut telah dipadam namun beberapa tangkap layar mula dikongsi dan ditularkan sehingga mendatangkan reaksi negatif dalam kalangan warganet,” katanya.

Sammy berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hukumun jika sabit kesalahan ialah penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

“Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuatnaik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam,” katanya.