SANDAKAN, SABAH – Seorang remaja lelaki ditemui lemas dalam kolam di sebuah kawasan kebun di Jalan Jalil Alip, Batu 13, di sini pagi tadi.
Mangsa, Anas Ibrahim Abdullah, 18, diangkat dengan kaedah menggunakan peralatan “Grappling Iron” pada jam 8:33.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata berkata mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Seterusnya mangsa diangkat keluar dan diserahkan kepada pasukan Polis untuk tindakan lanjut…
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 10.28,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan PKPgB Jimmy Lagung berkata tiada saksi dan mangsa keseorangan pada ketika kejadian namun siasatan masih diteruskan pihak Polis.





