Pemandu Kelisa Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Jalan Tuaran-Kota Belud Awal...

Pemandu Kelisa Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Jalan Tuaran-Kota Belud Awal Pagi Tadi

0
SHARE

TUARAN: Seorang lelaki (Pemandu Kelisa) cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Tuaran menuju ke Kota Belud awal pagi tadi.

Menurut kenyataan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 4:17 pagi melalui talian MERS999.

Sebagai tindak balas, sebuah jentera FRT dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 18 kilometer. Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 4:36 pagi.

Komander Operasi, Azran Jull memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Perodua Kelisa dan Perodua Bezza. Seorang mangsa lelaki didapati tersepit di dalam Perodua Kelisa.

Pasukan bomba bertindak segera menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang cedera. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4:59 pagi setelah pasukan penyelamat memastikan tiada lagi ancaman bahaya di lokasi kejadian.

JBPM Sabah menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu, terutamanya pada waktu awal pagi dan di jalan yang kurang pencahayaan.