BELURAN, SABAH – Pasukan Bomba mengeluarkan seorang mangsa lemas yang tersepit di celah kayu-kayuan besar pada tebing sungai berhampiran Ladang Farminggo, Sugut, sini kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa lelaki, Kaerul, 26, ditemui pada jam 1.20 tengah hari hasil daripada kumpulan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Polis, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam.
“Mangsa ditemui pada jarak 1.8 km dari tempat kejadian hanyut dibawa air arus deras dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut…

“Ketua Operasi melaporkan tiada liputan GIRN dan rangkaian telefon tidak stabil dilokasi,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 6.15 petang.





