Lelaki Warga Emas Meninggal Dunia Lepas Rebah Tiba-Tiba di Bazar Ramadan

Lelaki Warga Emas Meninggal Dunia Lepas Rebah Tiba-Tiba di Bazar Ramadan

0
SHARE
Mangsa dari Kampung Banggol Asam, Pulai, dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kronik yang dihidapinya...

BALING – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan pada petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Zainon Said, 75, dari Kampung Banggol Asam, Pulai, dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kronik yang dihidapinya.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada anak lelaki mangsa yang berusia 51 tahun selepas dihubungi orang awam mengenai kejadian itu.

“Ketua Balai Polis bersama dua anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) segera ke lokasi dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada semalam seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, hasil temu bual dengan ahli keluarga mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

“Mangsa juga pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana mengalami pendarahan usus yang serius,” katanya.

Tambah beliau, mayat dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Banggol Asam Jawa untuk urusan pengebumian.