Rumah Atas Air Roboh, 9 Mangsa Dipindahkan Ke Balai Raya Kampung Bagi...

Rumah Atas Air Roboh, 9 Mangsa Dipindahkan Ke Balai Raya Kampung Bagi Penempatan Sementara

0
SHARE

SEMPORNA: Sebuah rumah atas air dilaporkan telah roboh dalam satu kejadian rumah roboh di Kampung Air, Semporna, kelmarin.

Sembilan mangsa dari insiden itu telah berjaya dipindahkan ke balai raya kampung bagi penempatan sementara mereka. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.11 petang.

“Lapor didapati benar terdapat sebuah rumah berkeluasan 30×30 atas air telah roboh.

“Terdapat sembilan orang mangsa di dalam rumah yang roboh telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba di lokasi dan kesemua mangsa dalam keadaan selamat. 

“Mangsa terlibat ialah, seorang lelaki dewasa, tiga orang wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada ja. 2.59 petang.