WHO Cadang Ujian COVID-19 Perlu Dijalankan Di Sekolah

WHO Cadang Ujian COVID-19 Perlu Dijalankan Di Sekolah

0
SHARE

COPENHAGEN, DENMARK – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mencadangkan ujian COVID-19 perlu dijalankan di sekolah bagi mengelak kesan ‘bahaya’ akibat penutupan sekolah dan pembelajaran secara dalam talian.

Pengarah WHO Wilayah Eropah, Hans Kluge yang dipetik AFP berkata, musim panas ketika ini adalah peluang terbaik kepada kerajaan untuk mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan jumlah kes harian jangkitan COVID-19 sekali gus mengelak lebih lama sekolah ditutup.

Beliau berkata, pelbagai pihak boleh menilai semula kesan akibat penutupan sekolah kepada pendidikan, kesejahteraan sosial dan kesihatan mental pelajar terutama golongan remaja.

“Kita tidak boleh membiarkan wabak ini merampas pendidikan dan perkembangan mereka,” kata Kluge, yang berulang kali meminta negara-negara di benua Eropah menangani kesan kesihatan yang berkaitan dengan pembelajaran secara dalam talian.

Hans Kluge…

Menurut cadangan baharu yang diterbitkan semalam, ujian COVID-19 perlu diutamakan untuk anak-anak yang mempunyai gejala jangkitan pernafasan akut jika mereka tergolong dalam kumpulan rentan.

WHO juga mencadangkan ujian yang sama perlu dilakukan ke atas kepada pelajar jika mempunyai kaitan dengan kontak rapat pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan gejala.

Bagaimanapun, ujian berkenaan tidak digalakkan jika tiada kes jangkitan COVID-19 di kesan di sekolah berkenaan.

Pertuhan itu berpendapat penutupan sekolah hanya dilakukan sebagai ‘tindakan terakhir’ apabila berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan tiada tindakan lain yang boleh diambil selain berbuat demikian.