- SEORANG anak muda yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 110 kilogram, kini mencuri perhatian warganet apabila berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan secara konsisten melalui jadual diet harian yang disiplin dan mudah diikuti.
Memetik mStar, pemuda tersebut memulakan misi perubahan gaya hidupnya dengan mengamalkan pemakanan sihat, kawalan kalori dan minuman teh hijau setiap hari.
“Rahsianya bukan produk mahal, tetapi disiplin dan konsistensi. Saya hanya ubah cara makan dan ikut waktu yang tetap,” katanya.
Jadual Diet Harian yang Dikongsi:
Pagi: Oat tanpa gula, sebiji pisang, air kosong & secawan teh hijau
Tengah hari: Nasi suku, dada ayam panggang tanpa minyak, sayur rebus
Petang: Snek ringan seperti buah-buahan atau kekacang, segelas teh hijau lagi
Malam: Elak makan lewat, hanya ambil sup sayur atau telur rebus jika lapar
Selain diet, beliau turut melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki 30 minit sehari, serta mengelakkan makanan bergula dan bergoreng sepenuhnya dalam tiga bulan pertama.
Kisah inspirasi itu kini tular di media sosial, dengan ramai netizen memberikan pujian dan turut berkongsi semangat untuk mengubah gaya hidup masing-masing.
“Yang penting bukan cepat kurus, tetapi sihat dan kekal bertenaga,” katanya sambil menasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan ‘short cut’ seperti ubat kurus yang tidak selamat.






