FILEM MAT KILAU DIRAMAL KUTIP RM100 JUTA DENGAN MUDAH

FILEM MAT KILAU DIRAMAL KUTIP RM100 JUTA DENGAN MUDAH

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Filem pecah panggung (Box-office) ‘Mat Kilau’ arahan Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28, Syamsul Yusof dijangka bakal membuat kutipan tiket RM100 juta dengan mudah.

Terkini selepas 17 hari tayangan filem berkenaan telah mencatat kutipan RM61 juta.

Menurut penganalisis bebas isu semasa ketika diminta perkembangan terkini filem Mat Kilau berkata, dalam jangkaan kurang 30 hari kutipan RM100 tidak mustahil akan dicapai.

“Harus diingat filem yang mempaparkan pejuang-pejuang Islam ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa di seluruh Malaysia sehingga pelajar madrasah turut pergi menonton filem ini…

“Filem ini turut mendapat sambutan hangat di negara jiran Singapura dan Brunei.

Justeru jangakaan kutipan RM100 juta masih rendah bahkan berkeyakinan filem ini akan mampu mencecah melebih RM100 juta kutipan tiket,” katanya.