SELEPAS DIKECAM TERUK, WARISAN NAFI TERLIBAT HIMPUNAN GEMPUR RASUAH 2.0?

SELEPAS DIKECAM TERUK, WARISAN NAFI TERLIBAT HIMPUNAN GEMPUR RASUAH 2.0?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah dijangka akan terus menolak dan menjauhkan diri daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) susulan insiden yang tidak terkawal perhimpunan ‘ganas’ gempur rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS sambil dibantu oleh ahli-ahli dan penyokong Parti Warisan Sabah di Kota Kinabalu pada 21 & 22 Jun baru-baru ini.

Walaupun penafian telah dibuat oleh Azis Jamman kononnya Parti Warisan Sabah tidak terlibat penganjuran demo gempur rasuah 2.0 berkenaan, tetapi majoriti rakyat Sabah menolak mentah-mentah kenyataan penafian oleh Azis tersebut.

Mohd Azis Jamman…

Menurut kenyataan oleh beberapa orang warga maya sejak dari awal lagi jentera Parti Warisan Sabah dilihat bersungguh-sungguh membantu dalam mempromosikan demo gempur rasuah ini. Malahan hampir kesemua ahli-ahli Parti Warisan aktif mempromosikan demo dan juga turut hadir menyertainya, tetapi malangnya selepas mendapat kecaman Parti Warisan Sabah akhirnya mengambil jalan selamat dengan menafikan tidak terlibat bersama menganjurkankannya.

Majoriti rakyat Sabah khususnya yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu amat marah dan mengecam tindakan perhimpunan ini kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk, mencemarkan nama baik Sabah sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia malahan insiden membakar foto PMX ditengah-tengah orang ramai sedang berpusu-pusu membeli belah di tamu mingguan amat berbahaya.

Gambar karikatur PMX dibakar dalam demo gempur rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS baru-baru ini…

Seorang pengguna media sosial juga berkongsi kemarahan terhadap penganjur demo apabila terlepas mengikuti acara penting anaknya di kompleks membeli belah Suria Sabah.

Netizen mengecam teruk demo gempur rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS baru-baru ini…

Dalam pada itu penganalisis politik bebas Syihab Palembang ketika dihubungi mengenai demo gempur rasuah 2.0 ini pula menyifatrkan Parti Warisan telah ‘tersalah langkah’ kerana terlibat sama menyokong demo ini.

Menurut Syihab, rakyat di luar sana sebelum ini ada yang masih menaruh minat untuk mengundi Parti Warisan Sabah tetapi akhirnya kejadian demo yang dilihat agak ganas majoriti rakyat nampaknya amat marah.

Menurut Syihab lagi, pemantauan dari media sosial merujuk komen rakyat juga jelas menunjukkan mereka marah malahan keyakinan saya sokongan rakyat atas pagar ke atas Parti Warisan jatuh sehingga 85 hingga 90 peratus (95%).