PAS Kekal Dalam Kerajaan Perlis, Tidak Sertai EXCO Baharu – Takiyuddin

PAS Kekal Dalam Kerajaan Perlis, Tidak Sertai EXCO Baharu – Takiyuddin

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan komitmen untuk terus berada dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun tidak akan menyertai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Menurut beliau, pendirian tersebut dibuat selepas PAS Pusat meneliti secara menyeluruh situasi semasa berkaitan Kerajaan Negeri Perlis dan kedudukan parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, PAS turut menyeru semua pihak agar bermuhasabah serta mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku, selain mengambil langkah-langkah proaktif bagi memperkukuhkan kembali kepercayaan rakyat terhadap Perikatan Nasional.

PAS juga menyatakan kesediaan untuk menerajui usaha pengukuhan PN, khususnya dari aspek organisasi dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

Pada masa sama, PAS menegaskan komitmen berterusan untuk menghormati lunas-lunas undang-undang, prinsip demokrasi serta konsep Raja Berperlembagaan, selain menjunjung kebijaksanaan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat Perlis.