Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemukan Maut Selepas Lemas Semasa Mandi Sungai

Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemukan Maut Selepas Lemas Semasa Mandi Sungai

0
SHARE
Sumber: Ihsan JBPM Sabah

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut hari ini selepas dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti mandi sungai bersama seorang lagi rakannya di Kampung Tabanak, Lahad Datu pada Jumaat (2 Feb).

Mangsa, Mohammad Juiqram Julmasalleh ditemui oleh abang kandungnya semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu bersama orang awam pada hari kedua dilaporkan lemas. 

Bagaimanapun, rakannya, Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam semasa hari kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, manga telah dijumpai pada jam 11.30 pagi oleh abang kandungnya semasa operasi SAR hari kedua.

 

“Mangsa ditemui berada di jarak 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari,” katanya.