5 Individu Selamat Dalam Satu Kemalangan Di Jalan Lahad Datu-Kunak

5 Individu Selamat Dalam Satu Kemalangan Di Jalan Lahad Datu-Kunak

0
SHARE
Anggota bomba mencabut bateri pada kereta terbabit yang terbalik dalam parit bagi mengelak risiko kebakaran manakala mangsa dalam keadaan trauma duduk di tepi jalan raya sambil menunggu ambulans...(Ihsan Foto BBP Lahad Datu)

LAHAD DATU, SABAH – LIMA (5) individu selamat dengan kecederaan ringan selepas kereta sewa jenis Toyota Innova terbabas ke dalam parit di Jalan Lahad Datu – Kunak di sini, petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat ini menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada jam 12.37 tengah hari.

Pegawai Operasi, PBK II Asmori Bin Dahhiarsyah berkata, kesemua mangsa telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ihsan Foto BBP Lahad Datu…

“Jarak tempat kejadian dari balai sejauh lebih kurang 35 kilometer sementara operasi melbatkan tujuh (7) orang anggota…

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya dan pemeriksaan dibuat bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 1.31 tengah hari.

Ihsan Foto BBP Lahad Datu…