PAS Sabah Sokong Tindakan JAKIM Tangani Isu LGBT

PAS Sabah Sokong Tindakan JAKIM Tangani Isu LGBT

0
SHARE

KALABAKAN, SABAH – PAS Sabah menyambut baik tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewujudkan ‘task force’ bagi menangani isu sosial yg berkaitan kes penghinaan agama serta usaha pihak tertentu yang melakukan promosi gaya hidup LGBT secara keterlaluan.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah menyifatkan tindakan pihak yang menghina agama serta melakukan promosi LGBT ini adalah tidak bertanggungjawab dan ianya bertentangan dengan norma serta budaya hidup masyarakat dalam negara ini.

Katanya lagi, perkara ini jika dibiarkan akan mencetuskan suasana tidak harmoni dan lebih besar lagi akan mencetuskan pergaduhan antara kaum dalam negara ini.

“Oleh sebab itu, tindakan undang-undang yang lebih tegas perlu di ambil keatas mereka bagi memastikan masyarakat terus hidup dengan keadaan aman dan harmoni dalam negara ini…

“Semoga pelan tindakan daripada ‘Task Force’ Menangani Isu LGBT dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

Jumaat lepas, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT.

Tujuan Mesyuarat Khas ialah untuk membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

Katanya, ada pihak tertentu yang memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mempromosikan gaya hidup LGBT.