Perintah Berkurung Dilanjutkan Lagi 14 Hari Di Pantai Timur Sabah Bermula 30...

Perintah Berkurung Dilanjutkan Lagi 14 Hari Di Pantai Timur Sabah Bermula 30 Jun Ini

0
SHARE
Datuk Seri Hazani Ghazali...

KOTA KINABALU, SABAH – Perintah Berkurung (Lockdown) dilanjutkan selama 14 hari di perairan daerah bahagian Pantai Timur meliputi Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata arahan di bawah Seksyen 31(1) Akta Polis 196 ini akan bermula dari 30 Jun (Rabu) sehingga 14 Julai.

Orang ramai yang tinggal dikawasan berkenaan dikehendaki berada didalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi.

Katanya keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung dikawasan laut diatas adalah untuk memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas dari selatan Negara Filipina.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf yg masih cuba menceroboh untuk melakukan pencolekan dan lain-lain jenayah rentas sempadan…

“Ini menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone.

“Selain itu, perintah ini memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakkan bot, serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan,” kata Hazani.

Dengan itu beliau juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah terbabit untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.