KUALA LUMPUR – Penantian Malaysia selama 45 tahun untuk menjadi juara di Kejohanan Badminton Dunia kini tercapai apabila beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik melakar sejarah tersebut.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Aaron dan Wooi Yik, telah menumpaskan pasangan dari Indonesia, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan Jepun.
Ianya merupakan kemenangan yang disifatkan sebagai ‘hadiah terhebat’ sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 65 yanga akan disambut pada 31 Ogos 2022 ini.
Gelaran juara ini juga menjadikan pasangan beregu nombor 6 dunia ini pemain pertama Malaysia memenangi kejuaraan dunia (semua acara).
Aaron,25, dan Wooi Yik, 27, dilihat mengalirkan air mata gembira dengan kejayaan tersebut selepas menumpaskan pasangan veteran republik tersebut dengan 21-19 dan 21-14.
Jurulatih pasangan ini, Rexy juga dilihat melutut dan menangis dengan pencapaian hebat anak buatnya, apalagi mengenangkan Aaron dan Wooi Yik melalui latihan yang cukup intens untuk berada di puncak.