Pasukan Bomba Teruskan Misi Mencari Nelayan Dikhuatiri Lemas Di Pantai Beringgis

Pasukan Bomba Teruskan Misi Mencari Nelayan Dikhuatiri Lemas Di Pantai Beringgis

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PAPAR, SABAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan oleh pasukan Bomba daerah bagi seorang nelayan yang dikhuatiri lemas semasa turun ke perairan Pantai Beringgis kelmarin.

Mangsa, Halid Bidin, 33, dikatakan telah keluar rumah untuk menangkap ikan pada sebelah petang Selasa namun tidak kembali sehingga ke hari ini.

Halid Bidin yang dikhuatiri lemas…

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan setakat ini hanya bot mangsa telah dijumpai setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 semalam.

“Sebaik maklumat diperolehi dari ahli keluarga dan penduduk Kampung Beringgis, operasi SAR bermula dengan kaedah pencarian atas air,” katanya sumber PGO.