PENAMPANG, SABAH – Persatuan Bekas Bomba dan Penyelamat Sabah (PBBPS) menyampaikan cek sumbangan derma ikhlas daripada ahli-ahli dan pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah kepada balu mendiang pesara bomba, John Tang Te Te, iaitu Lailah @ Nelly Binti Lubasi dan arwah Johari Said @ Tuju yang diterima oleh anaknya, Joelizah Johari di Balai Bomba dan Penyelamat Penampang di sini pada 29 Ogos.
Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden PBBPS, Punil Matidis. Turut serta dalam program itu ialah Setiausaha PBBPS, Lacius Salagon,, serta Edmund Wong dan Isteri, Vivian John (anak mendiang).
Bagi pihak persatuan, Punil mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah membantu menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh kedua keluarga tersebut…
“Semoga sumbangan mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya.





