SIBU, SARAWAK – Seorang peguam yang tertekan selepas bercerai dengan isterinya sebulan lalu tekad mengambil nyawanya sendiri dengan melompat dari tingkat 22 sebuah bangunan di sini semalam.
Detik-detik terakhir mangsa, 43, tular di media sosial dan juga sebaran aplikasi WhatsApp.
Rakaman tersebut menunjukkan dia yang berpakaian pejabat berpaut pada selusur bangunan sebelum melangsungkan niatnya.
VIDEO rakaman yang menunjukkan detik Peguam lelaki yang berpakaian pejabat berpaut pada selusur bangunan sebelum nekad melompat ke bawah…
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit sebagai berkata dipercayai mengalami masalah kemurungan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurut sumber berita sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Khirudin Drahman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sibu.
“Saksi yang bekerja di bangunan terbabit melihat mangsa naik ke tingkat 22 bangunan berkenaan kira-kira 10 pagi,” katanya.