CPS JELASKAN KONTROVERSI PEMBINAAN ‘SKY BRIDGE’ KOTA KINABALU

CPS JELASKAN KONTROVERSI PEMBINAAN ‘SKY BRIDGE’ KOTA KINABALU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pembinaan jalan tembus jejantas ‘Sky Bridge’ yang nampaknya tamat pada bahagian dinding luar bangunan Centre Point Sabah (CPS) berada dalam bidang kuasa pengurusan pusat membeli-belah itu.

Akses pejalan kaki jejantas ‘Sky Bridge’ Kota Kinabalu yang menghubungkan bangunan Oceanus, Api-Api Centre, Asia City dirasmikan Jumaat lalu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diberikan taklimat ringkas oleh Puan Noorliza di atas Sky Bridge pada 03 September lalu merasmikan ‘Projek Sky Bridge Kota Kinabalu’…

Namun timbul tanda tanya berhubung perancangan struktur projek yang melibatkan nilai RM31.5 juta termasuk dana tambahan RM 4. juta daripada Kerajaan Negeri di mana laluan pejalan kaki jejantas tersebut yang sepatutnya menembusi masuk bangunan Centre Point Sabah (CPS) telah dibatalkan ketika pembinaan dikendalikan oleh Pemaju (Developer) yang terdahulu.

Pihak pengurusan CPS menafikan jejantas yang terhenti laluannya itu adalah atas kepercayaan ‘Feng Shui’ bahawa reka bentuk itu “tidak bagus”.

Khabar angin pengaruh estetik Cina kuno itu disebarkan sewaktu majlis perasmian jejantas tersebut.

Wakil dari pihak pengurusan CPS yang enggan dinamakan menjelaskan niat syarikat untuk memanjangkan ruangan pejalan kaki masuk ke dalam bangunan mereka.

“Seperti yang kita tahu, projek ini merupakan penangguhan dari kerajaan yang sebelum ini. Jalan tembus masuk ke dalam bangunan CPS memang ada dalam perancangan awal…

“Namun projek itu ditinggalkan atas fahaman pihak pemaju (developer) telah lingkup (bankrap). Semasa kerja-kerja disiapkan oleh kerajaan kini, kami pula berhadapan sedikit kekangan.

“Pihak kami sedang berhubung dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian dan langkah seterusnya,” katanya.

Akses laluan pada jejantas ‘Sky Bridge’ sepatutnya menembusi masuk bangunan CPS seperti mana pada perancangan awal, tetapi menurut sumber pembinaannya dibatalkan ketika pembinaan dikendalikan Pemaju (Developer) yang terdahulu…

Difahamkan, di sebalik dinding tersebut terletak beberapa lot kedai yang akan terpaksa dikosongkan di samping mengambil kos pembinaan yang mereka harus biayai sendiri.

Sumber itu mengatakan ekoran pandemik COVID-19, kebanyakkan rancangan mereka telah tergendala.

“Kami berharap hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi kesenangan dan keselamatan pengunjung kami,” katanya.