Polis Rampas 3,986 Karton Bir Dan 40,500 Biji Mercun Di Putatan

Polis Rampas 3,986 Karton Bir Dan 40,500 Biji Mercun Di Putatan

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Polis daerah ini merampas 3,986 karton bir dan 40,500 biji mercun pelbagai jenis kesemuanya bernilai RM 502,316, dari sebuah gudang di Jalan Pantai Berahi, Putatan, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Haris Ibrahim, berkata serbuan pukul 3 petang itu dijalankan bersama Jabatan Kastam dalam Op Kontraban.

Menurut beliau, tiada tangkapan dibuat dan barang rampasan diserah kepada pihak kastam bagi tindakan selanjutnya.

“Polis dan Kastam bertindak atas maklumat penyeludupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan tersebut…

“Siasatan awal mendapati bahan terlarang diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual pada pasaran gelap tempatan.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Haris menunjukkan timbunan minuman keras dan mercun yang berjaya dirampas…

Haris mengucapkan terima kasih kepada orang awam di atas sumbangan maklumat dan sokongan mereka kepada kejayaan pihak polis membanteras jenayah.