Peguam Warisan Didakwa Terlibat Skandal, Buat Laporan Polis Nafi Tuduhan

Peguam Warisan Didakwa Terlibat Skandal, Buat Laporan Polis Nafi Tuduhan

0
SHARE
Antara gambar yang didakwa Chin Tek Ming adalah hantaran fitnah...

KOTA KINABALU: Peguam Parti Warisan, Chin Tek Ming, membuat laporan polis pada Jumaat berhubung tiga hantaran didakwanya adalah fitnah dalam kumpulan Facebook Forum Politik Sabah sejak Rabu.

Hantaran pertama ialah tangkap layar oleh Selena Hairul dengan gambar suntingan Chin yang dimuat naik oleh Vonnie Chen, mendakwa sebagai teman wanitanya. Chin menafikan mengenali wanita itu dan menegaskan namanya ialah ‘Tek’, bukan ‘Teck’.

Hantaran kedua oleh Sofia Salam menuduh Chin seorang “gete” yang pernah menampar punggung seorang wanita semasa kempen Warisan. Chin menafikan dakwaan itu dan berkata tiada laporan polis dibuat terhadapnya.

Hantaran ketiga oleh Ir Azeem mengaitkan Chin dengan kes mahkamah melibatkan bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM), Jontih Enggihon, terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Chin mengesyaki dakwaan ini berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan kes sivil SMM di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau meminta polis menyiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500/501 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menggesa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan.