Pelajar SK Bukit Belacon Sertai Pertandingan Antarabangsa

Pelajar SK Bukit Belacon Sertai Pertandingan Antarabangsa

0
SHARE
Pelajar
SK Bukit Belacon Lahad Datu, Anis Umairah Al Insyirah Nor Abdi

LAHAD DATU, SABAH – SK Bukit Belacon Lahad Datu Sabah menempah nama di peringkat antarabangsa dengan penyertaan seoang pelajar bernama Anis Umairah Al Insyirah Nor Abdi dalam 2022-2023 International Competition yang dianjurkan oleh Never Such Innocence NSI, London.

Pertandingan yang dilaksanakan secara virtual ini terbahagi kepada empat kategori iaitu lukisan, syarahan, sajak dan lagu dengan tema “What does war mean to you?”.

NSI merupakan sebuah badan amal yang bermula sebagai projek peringatan Perang Dunia Pertama untuk kanak-kanak dan golongan muda. Diilhamkan oleh konflik ini, lebih 11,000 orang muda dari 47 negara yang berbeza mencipta puisi, karya seni dan lagu.

Penyertaan ini merupakan julung kali dan akan menjadi motivasi kepada pelajar dan guru-guru di Sk Bukit Belacon Lahad Datu untuk terus menghantar penyertaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Anis Umairah menyatakan sangat teruja menyertai pertandingan itu.

“Berkat dorongan dan sokongan guru-guru di SK Bukit Belacon telah membantu saya berjaya mencipta sebuah sajak yang baik.

“Sajak ‘The World I Dream Of’ merupakan cetusan daripada konflik yang berlaku di Palestine yang menyedarkan kita semua agar lebih mensyukuri nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini,” katanya.

Anis sangat bersemangat untuk menyertai lebih banyak pertandingan dan mendoakan sokongan berterusan daripada semua warga SK Bukit Belacon.