Pelan Tindakan Sementara Dilancar Atasi Kesesakan Pelabuhan Teluk Sepanggar

Pelan Tindakan Sementara Dilancar Atasi Kesesakan Pelabuhan Teluk Sepanggar

0
SHARE
Datuk Ewon Benedick...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick mengumumkan Pelan Tindakan Sementara (Interim Solutions) bagi menangani kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

Beliau berkata, antara langkah utama termasuk menambah container yard sementara, melaksanakan kadar tarif baharu, menguatkuasakan Seksyen 46 Enakmen LPPS 1981 bagi pelupusan atau lelongan kontena yang melebihi tempoh, serta mengurangkan tempoh penyimpanan percuma dari lima kepada tiga hari.

“Selagi semua pihak memainkan peranan masing-masing dan meletakkan kepentingan Sabah sebagai keutamaan, isu ini boleh diselesaikan,” kata Ewon.

Beliau menambah, semua syarikat pengangkutan diwajibkan menggunakan Vehicle Booking System (VBS), operasi agensi kerajaan dipanjangkan termasuk hujung minggu, dan operator pelabuhan menaik taraf jentera serta peralatan untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan.

“Kesesakan ini berpunca daripada peningkatan ketara aktiviti keluar masuk kontena, serta kelewatan projek perluasan Pelabuhan Teluk Sepanggar,” jelas beliau.

Ewon menegaskan pelan ini dilaksanakan dalam 100 hari pertama beliau di kementerian untuk memberi fokus kepada isu lain.

Ewon turut merancang lawatan ke Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Tawau bagi mempertingkat pengurusan pelabuhan di Sabah.