Pemandu Maut Ditindih Kenderaan Pacuan 4 Roda Miliknya

Pemandu Maut Ditindih Kenderaan Pacuan 4 Roda Miliknya

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pemandu maut ditindih kereta pacuan empat rodanya selepas dicampak keluar semasa terbabas dalam gaung di Kampung Kiambalang, Inanam sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melaporkan penerimaan panggilan kecemasan itu pada jam 8.04 malam.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa berumur 56 tahun dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger…

Sumber Foto: Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah…

“Seramai 16 anggota dan pegawai lain-lain pangkat dari Balai Bomba Lintas berjaya membebaskan mangsa namun disahkan meninggal di tempat kejadian oleh paramedik,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.30 malam selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitar lokasi.