Kepelbagaian Bangsa, Agama Bukan Penghalang Untuk Kehidupan Harmonis – Salleh

Kepelbagaian Bangsa, Agama Bukan Penghalang Untuk Kehidupan Harmonis – Salleh

0
SHARE
Salleh
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, SABAH – Perbezaan agama dan latar belakang kaum tidak sama sekali menjadi penghalang kepada rakyat Sabah untuk bersatu dan hidup harmoni.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kewujudan rumah ibadat berlainan agama di lokasi berhampiran menunjukkan tahap toleransi kaum yang tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Malah, jangan terkejut jika anda terserempak dengan orang Islam yang mengunjungi majlis perkahwinan Kristian yang diadakan di gereja,” katanya dalam catatan terbarunya di Facebook.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata amalan kesederhanaan bukanlah satu isu di Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik berbeza agama.

“Semangat kebersamaan dan budaya saling hormat-menghormati adalah salah satu kunci kejayaan Sabah dalam mengekalkan perpaduan dan kesederhanaan kaum.

“Sebab itu rakyat Sabah boleh hidup aman dan harmoni,” katanya.

Sehubungan itu, Saleh menggesa rakyat di negeri ini memperjuangkan budaya dan amalan kesederhanaan serta tidak mudah terpengaruh dengan anasir melampau.