All England 2023: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

All England 2023: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

0
SHARE
Aksi Zii Jia ketika menentang Naraoka pada aksi suku akhir Seluruh England...(Sumber Foto: Ihsan Badmintonphoto)

BIRMINGHAM – Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak kemenangan dalam Kejohanan Badminton All England 2023 apabila menumpaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.

Zii Jia yang juga juara edisi 2021 menebus kekecewaan dimalukan Naraoka di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Januari lalu apabila kali ini melakar kemenangan 21-9, 10-21, 21-13 pada aksi suku akhir yang berlangsung Utilita Arena Birmingham.

Aksi yang berlangsung di Utilitia Arena Birmingham sebentar tadi menyaksikan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan berjaya menguasai perlawanan di set pertama dengan keputusan 21-9.

Bagaimanapun Naraoka enggan mengalah apabila kembali memperkemaskan aksinya untuk menakluk set kedua dengan keputusan 10-21, sekaligus mengheret perlawanan ke set ketiga.

Zii Jia tidak menoleh lagi ke belakang apabila menggunakan segala pengalaman dimiliki bagi memastikan tiket ke separuh akhir menjadi miliknya dengan menoktahkan kemenangan 21-13 ke atas pemain Jepun itu.

Menanti Zii Jia di separuh akhir esok merupakan perseorangan China, Shi Yuqi yang sebelum itu menewaskan rakan senegara, Weng Hong Yang dalam satu lagi aksi suku akhir.

Seorang lagi wakil negara, Ng Tze Yong bakal turun sebentar lagi menentang seorang lagi pemain China, Li Shi Feng yang berada di ranking ke 14 dunia.

Ng Tze Yong…