Pemandu Maut Langgar Tembok Jambatan Kampung Dambai

Pemandu Maut Langgar Tembok Jambatan Kampung Dambai

0
SHARE
Kemalangan
Kenderaan pacuan empat roda maut selepas melanggar sebuah tembok di Jambatan Kampung Dambai - Proper, Jalan Papar Lama ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut selepas melanggar sebuah tembok di Jambatan Kampung Dambai – Proper, Jalan Papar Lama, sini, awal pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton, mangsa kejadian 5 pagi itu merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tiujuan bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila pemandu motokar yang datang dari arah Donggongon hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tembok sebuah jambatan.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat segera di balai polis yang berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.