Pemandu Maut Lori Treler Terbalik Di Kota Belud

Pemandu Maut Lori Treler Terbalik Di Kota Belud

0
SHARE
Kemalangan
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Pemandu sebuah lori treler yang membawa muatan getah maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di Kampung Ulu Kukut, Jalan Mengaris, sini, malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 11.42.

Sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud tiba ke lokasi berjarak 31 kilometer pada jam 12.20 pagi.

Operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bagi memotong pintu lori yang telah remuk.

“Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi sambil menambah operasi kemudian ditamatkan pada 1.06 pagi.