KUALA LUMPUR: Bintang ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bakal mengubat rindu peminat Malaysia menerusi konsert eksklusif bertemakan cinta, BCL: Eternal Love – Timeless Romance, pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Konsert anjuran Pulse Project Asia ini menjanjikan pengalaman istimewa dengan barisan lagu hits BCL seperti Cinta Sejati, 12 Tahun Terindah dan Memulai Kembali, yang akan dipersembahkan dalam produksi bertaraf dunia.
Tiket mula dijual secara rasmi sejak 6 Jun lalu melalui platform Ticket2U, dengan tawaran istimewa diskaun 10% sempena pelancaran.
Harga tiket bermula RM288, manakala kategori eksklusif Cinta Abadi menawarkan sesi Meet & Greet dan barangan bertandatangan BCL.
Sebanyak 300 pembeli terawal juga berpeluang menyertai sesi Soundcheck eksklusif bersama BCL sebelum konsert bermula.
Orang ramai dinasihatkan membeli tiket hanya melalui Ticket2U bagi mengelakkan penipuan.
Jangan lepaskan peluang menyertai malam cinta abadi yang penuh emosi bersama BCL September ini.






