AirAsia Tawar 10 juta Tempat Duduk PERCUMA Untuk Destinasi Menarik Seluruh Rantau...

AirAsia Tawar 10 juta Tempat Duduk PERCUMA Untuk Destinasi Menarik Seluruh Rantau Ini

0
SHARE
Airasia
Sekitar pelancaran kempen Tempat Duduk PERCUMA AirAsia ( Sumber Foto: Ihsan AirAsia )

KUALA LUMPUR – AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini.

Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi di 130 destinasi pelancongan yang ditawarkan.

Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini menerokai destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap serta banyak lagi secara percuma dan merangsang ekonomi tempatan.

Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar seterusnya menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.

Bagi para pengembara yang ingin terbang lebih jauh, terokai destinasi antarabangsa dengan AirAsia X untuk merasai pengalaman menakjubkan atau hidangan tempatan enak di Taipei, Xi’an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul, dan banyak lagi. Tambang promosi ke pelbagai destinasi bermula daripada RM279 termasuk semua sehala.

Sempena kempen tempat duduk PERCUMA ini, AirAsia menganjurkan acara besar-besaran di Sunway Velocity, Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada hari ini hingga Ahad 9 Jun ini.

Acara ini menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk memenangi hadiah hebat termasuk penerbangan percuma, penginapan di hotel, barangan eksklusif dan banyak lagi daripada Santan, TTRacing, Montigo, Shihlin Taiwan Street Snacks, Everland Resort Korea, Elevete, Playmade dan Galaxy Macau Integrated Resort Andaz Macau.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Paul Caroll dalam satu kenyataan berkata kempen terbabit bertujuan untuk terus menawarkan nilai terbaik kepada penumpang di samping meningkatkan kesalinghubungan di seluruh rantau ini.

“Inisiatif ini juga dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau dan menyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan selepas pandemik.

“Pada tahun ini sektor pelancongan Asean dijangka mengalami pemulihan yang lebih baik, di mana Malaysia menetapkan sasaran 27.3 juta pelancong asing dan Asean secara keseluruhan menjangka lebih 100 juta kehadiran pelancong.

“Justeru, kami berbesar hati untuk terus menawarkan perjalanan dengan tambang berpatutan bagi menyokong perniagaan tempatan seperti hotel, restoran, agensi pelancongan dan perniagaan runcit yang semakin berkembang mengikut permintaan perjalanan.

“Dalam pada kita memasuki penggal kedua pada tahun ini, kami berharap untuk terus menyumbang kesan ekonomi positif di pelbagai sektor melalui kempen ini, seterusnya memacu pertumbuhan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan,” katanya.

Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai hari ini sehingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 2 September tahun ini hingga 8 Oktober tahun hadapan.

Bagi meningkatkan pengalaman perjalanan, AirAsia juga menawarkan pakej tambahan kepada para tetamu yang menempah penerbangan mereka semasa tempoh promosi ini.