Pemandu Vios Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Tawau

Pemandu Vios Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Toyota Vios yang bertembung dengan Toyota Land Cruiser Prado telah berlaku di Taman Gaya, Jalan Kuhara, Tawau, Sabah pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN), anggota dari BBP Tawau seramai sembilan orang termasuk Komander Operasi, PBK II Mohd Yahya bin Abd Fattah telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bergegas ke lokasi dengan membawa jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS selepas menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 2.01 pagi.

“Seorang mangsa iaitu pemandu kenderaan Toyota Vios telah tersepit dan mengalami kecederaan. 

“Mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan khas,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.