KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin Parti Warisan Sabah dilihat seolah-olah semakin hilang akal selepas kalah pada PRN Sabah kali ke-16 baru-baru ini susulan tindakan mereka menabur FITNAH yang agak keterlaluan kepada Ketua Menteri termasuk barisan Menteri Kabinet Sabah yang baharu.
Terkini, pemimpin dan jentera Parti Warisan Sabah telah memuat naik dan menularkan sekeping foto kenyataan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor kononnya telah menyalahkan penjawat awam susulan kelewatan agihan bantuan ‘bakul makanan’ kepada rakyat Sabah yang terjejas akibat COVID-19.
Kenyataan FITNAH jahat yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook milik jentera Parti Warisan memetik kenyataan Datuk Seri Hajiji seperti berikut “Rakyat sepatutnya tidak salahkan Ketua Menteri atau Menteri atas kelewatan dan masalah pengagihan Bakul Makanan, yang sepatutnya dipersalahkan ialah penjawat awam kerana lembab bekerja dan tidak ikhlas bekerja. Penjawat awam kebanyakannya hanya bekerja sambil lewa dan mengharapkan gaji bulan. Kerajaan GRS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka”.


Menurut sumber, Datuk Seri Hajiji menafikan sekeras-kerasnya dan sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti mana yang telah disiarkan oleh jentera Parti Warisan tersebut. Laporan Polis akan dibuat bagi meminta pihak Polis dan SKMM untuk mengambil tindakan undang-undang dan membawa penyebar FITNAH tersebut ke muka pengadilan.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan pula berkata, mutakhir ini barisan pemimpin Parti Warisan Sabah dilihat semakin ‘GILA’ selepas gagal mempertahankan ‘Kerajaan Diktator Warisan’ di Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas.
Terlalu banyak kenyataan FITNAH yang dilemparkan kepada Ketua Menteri termasuk barisan Menteri Kabinet Negeri Sabah yang jelas tidak masuk akal.
“Baru-baru ini mereka menyebar fitnah kononnya Ketua Menteri Sabah tidak fasih berbahasa English.
“Selain Ketua Menteri, mereka (Jentera Parti Warisan) juga turut menuduh Datuk Sri Bung Moktar Menteri Pembangunan Infrastruktur termasuk Datuk Yakuba Khan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga tidak fasih berbahasa English, malahan tidak mempunyai sijil di peringkat Universiti.”


“Mereka mempersoalkan kalaulah Ketua Menteri termasuk Menteri Kabinet Sabah tidak boleh berbahasa English, agak sukar untuk menarik pelabur luar Negara datang melabur ke Sabah.”
Menjawab FITNAH kononnya Datuk Seri Hajiji tidak fasih berbahasa English, berikut merupakan VIDEO temu bual Datuk Seri Hajiji dengan blogger Ronnie Klassen berbahasa English. Dr Jeffrey Kitingan turut menjadi panel…
Tambah BEBAS, “tindakan FITNAH ini sangat keterlaluan, justeru pihak Polis termasuk SKMM dan Jabatan Peguam Negara wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas kepimpinan Parti Warisan Sabah yang telah melakukan FITNAH jahat tersebut.
“Hadapkan segera ke Mahkamah, tindakan biadap penyebar FITNAH ini perlu diajar dan membawa mereka ke muka pengadilan, sudah tentu akan memberikan pengajaran pula kepada pimpinan Parti Warisan yang lainnya untuk menghentikan kerja FITNAH dengan serta merta.”
“Masalah yang timbul hari ini di Sabah berpunca sepenuhnya oleh Shafie Apdal termasuk TYT Sabah. Kalau mereka tidak membubarkan DUN tempoh hari, gelombang ke-3 COVID-19 sudah tentu akan mampu dielakkan,” BEBAS berkata lagi.