
KIMANIS, SABAH – Pencarian seorang lelaki yang tergelincir ke dalam sungai Batu Bandung Daingin sini telah masuk hari ketiga.
Mangsa, Jebenoh Antonny, 31, dikatakan sedang mencuci kaki dalam tragedi kira-kira 6 petang Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pelbagai kaedah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat sejak hari insiden.
Antaranya ialah bantuan anjing pengesan dan menyusuri permukaan tepi sungai sepanjang 2 KM.
“Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis terlibat dengan tiga ahli anggota unit K9.
“Pencarian dimulakan pada jam 9.00 pagi hari ini (Jumaat) bersama pasukan penyelamat lain termasuk pihak Polis dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” kata seorang jurucakap bagi agensi penyelamat itu.





