Penduduk Digesa Ambil Vaksin Segera Sebelum Penutupan PPV Di Sandakan Pada 15...

Penduduk Digesa Ambil Vaksin Segera Sebelum Penutupan PPV Di Sandakan Pada 15 Oktober Ini

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Penduduk yang belum mengambil vaksin digesa tampil segera kerana semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini akan ditutup sepenuhnya pada 15 Oktober (Jumaat depan).

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tien dalam sebuah kenyataan semalam mengingatkan bahawa mereka yang gagal melengkapkan dos – kecuali bagi vaksin tunggal Cansino – bakal menghadap kesukaran dalam kehidupan seharian.

“Bagi mereka yang gagal melengkapkan vaksin tidak dibenarkan memasuki premis perniagaan atau pejabat Kerajaan mahupun swasta…

“Individu berkenaan juga tidak dibenarkan bekerja di mana-mana pasaraya, pasar, restoran, kedai kopi, gerai dan premis-premis lain yang akan diumumkan pihak Kerajaan Negeri Sabah,” tegasnya.