Meskipun Berlaku Trend Penurunan Kes, 2 Kluster Baharu Telah Di Kesan Hari...

Meskipun Berlaku Trend Penurunan Kes, 2 Kluster Baharu Telah Di Kesan Hari Ini Di Kinabatangan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) kluster baharu dikesan di daerah Kinabatangan namun trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 677 kes dicatat hari ini, iaitu penurunan 90 kes dari jumlah kes semalam.

Katanya ianya merupakan catatan terendah sejak 24 Julai 2021 lepas.

“Secara keseluruhan, penurunan yang dicatatkan hari ini menunjukkan prestasi yang baik di mana 21 daerah mencatatkan penurunan kes, hanya lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu (1) daerah iaitu Kudat, kekal dengan catatan kes sebagaimana semalam…

“Hanya tiga (3) daerah yang mencatatkan kes di atas paras 50 kes iaitu Kinabatangan 107 kes, Kota Kinabalu 94 kes dan Keningau 78 kes,” jelasnya.

Lahad Datu mencatatkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak -35 kes, Kota Kinabalu -18 kes, Putatan -18 kes, Tawau -16 kes, Ranau -15 kes, Kota Marudu -15 kes, Sipitang -13 kes, Nabawan -13 kes, Penampang -13 kes, Pitas -12 kes dan Sandakan -11 kes.

Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Kinabatangan dengan peningkatan sebanyak +92 kes, Keningau +23 kes dan Papar +14 kes.

“Peningkatan drastik jumlah kes di daerah Kinabatangan adalah berpunca daripada kewujudan dua kluster jenis kerja baru iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit…

“Dua kluster ini sahaja menyumbang 82.2 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini di Kinabatangan,” Masidi berkata.

Beliau berkata pada hari ini tidak ada catatan daftar lewat kes jangkitan baharu yang melebihi lima (5) hari.

Sebanyak 384 kes hari ini dikesan berlaku dalam masa 24 jam yang lalu. Selebihnya, Masidi berkata, adalah kes2daftar lewat antara dua (2) hingga (5) hari.

“Analisis graf data terkini menunjukkan Negeri Sabah berada dalam landasan untuk trend pelandaian kes…

“Namun, sekali lagi diingatkan bahawa faktor utama kepada naik atau turunnya graf jangkitan kes baharu adalah sikap kita sendiri.

“Pematuhan secara total kepada semua prosedur operasi standard (SOP) dan amalan baik penjagaan kesihatan diri adalah kunci utama kepada kekebalan kita daripada jangkitan virus COVID-19,” tegasnya.

Statistik menunjukkan 87.74 peratus daripada kes jangkitan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala enam (6) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5.

Lazimnya, kata Masidi, pesakit Kategori 1 dan 2 tidak memerlukan rawatan di hospital.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kinabatangan – 107 (15)
Kota Kinabalu – 94 (112)
Keningau – 78 (55)
Papar – 47 (33)
Kota Belud – 46 (45)
Ranau – 41 (56)
Kudat – 33 (33)
Tenom – 29 (32)
Penampang – 27 (40)
Sandakan – 27 (38)
Tuaran – 27 (34)
Tawau – 20 (36)
Lahad Datu – 18 (53)
Kota Marudu – 17 (32)
Nabawan – 12 (25)
Semporna – 11 (12)
Sipitang – 9 (22)
Kuala Penyu – 6 (7)
Kunak – 6 (4)
Putatan – 5 (23)
Beluran – 4 (9)
Telupid – 4 (11)
Pitas – 3 (15)
Beaufort – 3 (8 )
Tambunan – 2 (5)
Kalabakan – 1 (7)
Tongod – 0 (5)