KOTA KINABALU, SABAH – Nama Tandiko Dalusin atau lebih dikenali sebagai ‘Atan Leecas’, yang juga merupakan orang kanan kepada Azis Jamman (Warisan) kini menjadi bahan jenaka seluruh Sabah kerana hanya berani menyalak di media sosial, tetapi lari lintang-pukang bila peguam datang cari.
Baru-baru ini, Peguam Khalid Murshidi daripada Tetuan Antin Zakaria & Rauf telah mendedahkan bukti jelas yang mana beliau menunjukkan mesej daripada aplikasi WhatsApp, surat LOD dan panggilan telefon semuanya telah diabaikan oleh Tandiko.


“Tandiko tahu dia sedang diburu untuk tuntutan saman fitnah RM1 juta oleh Datuk Nizam Titingan, tetapi dia memilih untuk bersembunyi seperti penjenayah yang takutkan waran tangkap!”
Lebih memalukan, walaupun tiga firma guaman termasuk yang mewakili Datuk Zulkarnain Mahdar dan Datuk Norazlinah Arif (ADUN Kunak) cuba menyerahkan saman, namun semua usaha itu gagal disebabkan Tandiko hilang entah ke mana.

Setiap cubaan pos berdaftar dikembalikan, setiap panggilan tak dijawab, setiap mesej dibaca tapi dibisukan. Beginikah perangai “pejuang rakyat” Warisan?
Sebelum ini, Tandiko juga pernah dituduh lahir di selatan Filipina dan masuk ke Sabah secara haram, kemudian memalsukan maklumat diri sehingga memperoleh kad pengenalan Malaysia (MyKad).
Tuduhan itu dibuat oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dan menjadi tular di media sosial.
Sehingga kini, Tandiko masih gagal membuat sebarang laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut, walaupun telah berulang kali dicabar untuk berbuat demikian.
“Situasi diam dan lari Tandiko seolah-olah menunjukkan semua tuduhan itu benar belaka!” kata BEBAS.
Tambah BEBAS: “Yang paling pelik, Tandiko masih aktif memuat naik video menyerang Kerajaan GRS-PH di Sabah, kononnya berani dan berprinsip, padahal hakikatnya dia pengecut politik yang takut diserahkan surat saman!”
”Berani bercakap depan kamera, tapi kecut bila peguam telefon!”
Sikap ini jelas menunjukkan siapa Tandiko sebenarnya penabur fitnah profesional, pengecut bersiri dan lidah racun politik Warisan. Dakwaan asal bahawa dia berasal dari selatan Filipina kini semakin dipercayai rakyat kerana orang yang tak bersalah takkan sembunyi macam penjenayah!
“Rakyat Sabah, buka mata dan sedarlah!”
“Cukup-cukup lah diperbodoh oleh geng Warisan yang pandai berdrama tapi lari bila disuruh buktikan di mahkamah. Berani fitnah, tapi takut disaman, itulah wajah sebenar pengecut Warisan bernama Tandiko Dalusin!” tegas BEBAS.
”Sabah tolak penipu! Sabah tolak pengecut! Sabah tolak Warisan!”






