PAS Akan Beri Sokongan Kepada Penyandang Kerusi UMNO Dan BERSATU Walaupun Bakal...

PAS Akan Beri Sokongan Kepada Penyandang Kerusi UMNO Dan BERSATU Walaupun Bakal Bertembung

0
SHARE

PETALING JAYA – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan memberi sokongan kepada penyandang kerusi di mana-mana kawasan UMNO dan BERSATU bakal bertembung.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “formula” itu akan menjadi garis panduan 2.2 juta ahli parti sampai masa menghadapai PRU-15 tahun depan.

PAS menegaskan pendirian sebagai rakan sekutu UMNO dan BERSATU, meskipun kedua parti Melayu itu sudah tidak sehaluan.

PAS merupakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu tetapi juga berada dalam Muafakat Nasional (MN) pimpinan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung parti baru-baru ini mengisytiharkan “putus” dengan BERSATU.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…

Presiden parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu lalu berkata mereka sudah bersedia jika hubungan antara dua parti tersebut terus bercanggah.

Manakala, Tuan Ibrahim berkata bahawa ketiga-tiga parti sewajarnya kekal berpegang kepada kerusi masing-masing.

“Kalau kerusi dahulu milik Umno, kita akan sokong Umno, dan sama juga bagi Bersatu…

“Ini antara langkah bagi mengelak pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Beliau turut berkata PAS akan cuba mengelak pertembungan semampu boleh kerana ia boleh menyebabkan kekalahan (dalam PRU-15).