
KOTA KINABALU, SABAH – Tunas Asas Bola Sepak Persatuan Bola Sepa Sabah Bandaraya (TABS Safa) memberi sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mendiang bekas pemain skuad Piala Belia Sabah, Mc Drint Manus yang terbabit dalam jalan raya, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusinya, Lokman Sunggim menyerahkan sumbangan itu kepada abang sepupu mendiang, Sarjan Mejar David Amit bagi pihak keluarganya.
Katanya, pengurusan TABS terkejut dan sedih atas pemergian pemain pertahanan yang berusia 23 tahun ini.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang terutama kedua ibu bapanya yang ketika ini berada di Keningau,” tambahnya.
Mendiang Mc Drint juga merupakan bekas pemain Kota Kinabalu dan bekas pelatih dan pemain TABS.
Turut hadir ialah Setiausaha TABS, Amsir Abdullah, ahli jawatankuasa, Moksin Dusin, ketua jurulatih, Matasan Ahmad dan beberapa jurulatih.