Pengawal Keselamatan Filipina Jadikan Kucing Jalanan Sebagai ‘Peronda’

Pengawal Keselamatan Filipina Jadikan Kucing Jalanan Sebagai ‘Peronda’

0
SHARE
Kucing jalanan bernama Conan melepasi pengawal keselamatan dalam formasi di luar bangunan pejabat di Mandaluyong, Metro Manila...(Sumber Foto: AFP)

MANILA, FILIPINA – Pengawal keselamatan di Filipina menjadikan kucing sebagai ‘peronda’ dengan memakai jaket keselamatan dan menunggu di luar bangunan pejabat bagi menunggu ‘arahan’.

Kucing itu antaranya yang bernama Conan, berusia enam bulan, menyertai pasukan keselamatan Pusat Korporat Seluruh Dunia di ibu negara Manila beberapa bulan lalu.

Memetik laporan AFP, Conan antara salah satu kucing yang beruntung kerana dijaga pengawal keselamatan di seluruh bandar, tempat di mana ribuan kucing tinggal di jalanan.

Walaupun kucing tidak mempunyai kemahiran keselamatan seperti anjing, kecomelan dan sifat manja membuatkan mereka disayangi oleh pengawal keselamatan sepanjang bekerja syif 12 jam.

Conan diselamatkan ketika berusia beberapa minggu oleh pembantu rumah yang menemuinya di tempat letak kereta bangunan itu.

Conan secara tidak sengaja mendapat peranan sebagai kucing keselamatan selepas pendahulunya, Mingming, meninggal dunia akibat penyakit gusi.

Pengawal keselamatan, Aljon Aquino, 30, berkata beliau berasa gembira ditemani Conan.

“Jika Conan tiada, saya berasa tidak bermotivasi. Conan menghilangkan tekanan saya…

“Kadang-kala orang akan membawanya kerana Conan sangat peramah,” katanya kepada AFP.

Gambar Conan memakai jaketnya tertera perkataan ‘keselamatan’, dikongsi ribuan kali di Facebook.

Conan adalah antara lebih 10 kucing sesat yang tinggal di bangunan komersial dan korporat, dan pekerja sering membelikan makanan untuk mereka.

Conan lebih suka tidur, bermalas-malasan di hadapan kafe berdekatan atau mengejar bola di atas lantai, sekaligus menggembirakan orang yang lalu lalang.