Penggiat Industri Perniagaan Pengurusan Acara Rayu Bantuan Kerajaan

Penggiat Industri Perniagaan Pengurusan Acara Rayu Bantuan Kerajaan

0
SHARE
Pekerja yang terlibat dalam sektor perniagaan Pengurusan Acara terjejas pendapatan ekoran PKP...

KOTA KINABALU, SABAH – Penguasa syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan pengurusan acara, sewaan lampu ,sistem bunyi dan skrin di negeri ini merayu agar kerajaan negeri dapat membantu mereka yang terjejas pendapatan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Salah seorang penguasanya Haji Sharom Abd Ghaffar (gambar) berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dari PKP Pertama, Kedua dan Ketiga, perniagaan perkhidmatan tersebut tidak mendapat tempahan ekoran PKP selain mematuhi Prosedur Operasi Standrad (SOP).

“Bayangkan dalam setahun lalu sehingga kini perniagaan kami tidak menerima tempahan dari mana-mana penganjur dan dalam masa yang sama syarikat terpaksa menanggung gaji pekerja yang kebanyakannya berkeluarga selain daripada membayar peralatan yang masih ada pinjaman dengan Bank, sudah tentu ianya memberikan kesan yang mendalam kepada mana-mana syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sharom yang juga pengarah urusan Syrikat SR Events Production berkata, sejak PKP Pertama, Kedua dan Ketiga, golongan yang terlibat dalam sektor perniagaan ini seperti telah ‘terlepas pandang’ oleh kerajaan untuk menerima sebarang bantuan atau geran sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan kepada penggiat industri lain seperti sektor dalam pelancongan, pengangkutan, pertanian dan lain-lain.

Pengurus SR Events Production, Haji Sharom Abd Ghaffar…

“PKP pertama, kedua mungkin kami masih boleh bertahan tapi pada PKP ketiga ini kebanyakan kami yang terlibat dalam sektor perniagaan ini akan berhadapan dengan masalah yang agak kritikal dan tidak mustahil perniagaan kami akan ‘gulung tikar’,” katanya.

Sehubungan dengan itu Sharom yang mewakili rakan-rakan lain yang terlibat dalam sektor perniagaan ini memohon kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat agar dapat melihat isu serta masalah yang dihadapi oleh syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan ini tidak terlepas pandang dari menerima sebarang bantuan atau grean yang diumumkan kerajaan bagi membantu golongan yang terlibat dalam sektor perniagaan ini.

“Punca pendapatan kami seratus peratus dari sewaan acara-acara yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun sektor swasta sekiranya tiada sebarang undangan untuk kami, bermakna sumber pendapatan kami akan terjejas dan sekiranya ada bantuan dari kerajaan kami boleh bertahan sehingga penularan kes COVID-19 dapat ditangani,” tegas Sharom.