KUALA LUMPUR – Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 Jun bagi Kumpulan A, manakala Kumpulan B pula pada 14 Jun ini, demikian menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu;
Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, murid akan belajar di rumah dalam tempoh 25 hari itu sehingga Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut keadaan semasa dan perkembangan kes penularan pandemik COVID-19 dalam negara ini.
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/dr-radzi-jidin.jpg)